Selasa, 11 April 2017

BINA AYAT BERPANDUKAN PERKATAAN DAN GAMBAR




















                                                                                                                                                   

































CADANGAN AKTIVITI
=================

~Biasanya saya suka bersoaljawab dengan murid untuk mendapat maklumat.


~Gunakan kata tanya di halaman 1 tadi :

contoh : Murid bertuah saya bernama Rizal.

- Apa yang Rizal nampak dalam gambar ini?

Jawapan murid : main, baca, naik basikal

main...kalau perkataan imbuhan - bermain

-Siapa yang bermain?

adik, Ali

-Apa yang Ali main ?

bola

*Boleh tanya pada murid yang sama juga murid yang berlainan setiap soalan.

Cuba bina ayat .

1. Ali main bola.
2. Ali bermain bola.

Antara ayat 1 dan 2 - mana lebih elok/ sedap ayatnya. (gramatis)

Pastinya, mereka pilih 2.

Kalau x faham juga, biasanya saya contohkan makanan.

1. makan nasi sahaja
2. makan nasi + ayam + sayur
Mana lebih sedap?
Pastinya, 2.

Alhamdulillah... tercapai objektif pada hari itu.

#sayasudahcubapadamuridbertuahsayatahunlepaspadagambartunggal.

p/s: Pastikan cikgu sudah mengajar Konstruk 10, pada

contoh: main- bermain tadi ya.

==========

Biasanya kalau cikgu/ ibubapa sudah dedahkan bina ayat, murid yang bijak terus respons :

-burung bertenggek di atas pokok.

Ayat : Dua ekor burung bertenggek di atas dahan pokok.
(bimbingan guru )

p/s: Bina ayat: Ingat! Mula huruf besar dan hujung mesti noktah/ titik. (Wajib sebut bila tulis ayat)

In Sya Allah...

=========

bantu murid untuk ejaan

cerakinkan perkataan : EJA~ ba si kal
(biasanya saya guna marker dan whiteboard dalam kumpulan).

cikgu/ ibu bapa/ murid tulis.... SAMA-SAMA EJA DENGAN GURU.

-SIAP~ baca semula dengan murid.
~Tulis dalam buku
~Salah: buat pembetulan.
~Setiap jawapan anak/ murid : puji/ ganjaran/ ...

#semogaurusankitadipermudahkandansegalanyadalamrahmatAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan