Ahad, 11 Disember 2016


PENGAMATAN

DEFINISI PENGAMATAN
===================

Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh dikembang dan dipelajari. Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah atau tahap kecerdasan seseorang kanak-kanak, ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran.

Menurut Janet W.Learner (1971) “Children With Learning Disabilities” beliau berpendapat bahawa Pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera dengan bantuan kuasa intelek.

Seterusnya, menurut Mohd Salleh Lebar (1995) beliau menyatakan bahawa, pengamatan merupakan suatu proses individu mentafsir kederiaan rangsangan dan memberi makna kepadanya. Ia juga adalah kesedaran dan reaksi seseorang individu terhadap rangsangan-rangsangan, iaitu yang bersifat peribadi.

Pengamatan juga merupakan pola-pola yang bermakna. Sebenarnya ia tidak berlaku secara automatik tetapi mengambil masa yang lama, iaitu melalui pentafsiran dan pemahaman yang teratur.
































Tiada ulasan:

Catat Ulasan